31 January 2011

Wadah Bangsaku: Sumpah Melayu

Bangsaku sekalian,

Mungkin selama ini kita tidak pernah tahu atau mahu ambil tahu mengenai wadah-wadah perjuangan bangsa. Dek kerana itu, kita mudah lupa apa yang pernah berlaku pada bangsa kita, terutamanya di zaman penjajahan serta perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan daripada British. Oleh kerana itu jugalah, kita mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif yang cuba meracun pemikiran kita, yang cuba memperalat golongan muda demi kepentingan politik sempit mereka. 



Oleh yang demikian, rakan-rakan seperjuanganku sekalian, marilah kita ambil wadah-wadah perjuangan bangsa ini sebagai iktibar. Jikalau dalam entri sebelum ini, saya ada menyatakan tentang 7 wasiat Raja-Raja Melayu, untuk entri kali ini pula saya cuba untuk mengungkapkan Sumpah Melayu, sumpah yang pernah dirafakkan oleh ayahanda bangsa kita, pelopor penubuhan UMNO, juga dikenali sebagai pengasas negara bangsa iaitu Datuk Onn Jaafar. Menurut sumber yang saya perolehi, tiada tarikh tertentu dicatatkan bila dan di mana sumpah ini dirafakkan. Namun, melihat kepada konteks sumpah tersebut, dapat disimpulkan bahawa kemungkinan besar sumpah itu dirafakkan semasa bangsa Melayu mula-mula berjuang untuk menuntut kemerdekaan dan semasa di awal penubuhan parti UMNO.

  

No comments: