Perenggan Tiga, Bahagian 3 Akta Institusi-Intitusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 secara jelas memperuntukkan bahawa "the members of the SRC and its office-bearers shall be elected for one year". Ini bermaka, mandat yang diberikan oleh mahasiswa kepada MPP menerusi pilihanraya sebelum ini hanya relevan untuk tempoh satu (1) tahun sahaja dan jika MPP masih belum dibubarkan selepas tempoh ini, maka secara rasional kabinet ini adalah kabinet yang tidak sah.
Jika dirujuk kepada tarikh pengumuman keputusan pilihanraya MPP UiTM sesi 2010/2011, didapati bahawa terdapat "overdue" yang melanggar Akta yang dibicarakan di atas. Tarikh pengumuman keputusan pilihan raya MPP penggal 2010/2011 adalah pada 2 Februari 2010. Katakanlah kabinet MPP dibentuk selewat-lewatnya tiga hari selepas pengumuman keputusan, maka "entitlement date" yang boleh digunapakai untuk menentukan bermulanya penggal MPP adalah pada 5 Februari 2010. Oleh yang demikian, MPP secara telus harus dibubarkan sebelum 6 Februari 2011. Hal ini ternyata telah melanggar Perkara 4 Rukun Negara iaitu "kedaulatan undang-undang" kerana sehingga artikel ini ditulis, ura-ura pilihanraya MPP akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat masih belum kedengaran.
Siasatan yang cuba saya jalankan telah membawa saya ke blog USIM Kini, yang cenderung ke arah pro-Mahasiswa. Menurut artikel bertajuk "MPP berteka-teki tarikh pilihanraya kampus", penulis secara terbuka menyatakan "..Terdahulu, beberapa kampus telah mengumumkan tarikh pembubaran MPP sesi 2010/2011 dan juga tarikh pemilihan atau pilihanraya kampus. Antaranya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 22 Februari, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serentak pada 21 Februari.."
Andai benar apa yang dimuatkan dalam artikel tersebut, ini ternyata sesuatu yang mendukacitakan Aspirasi FSPPP. Sudahlah tarikh pengumuman secara rasmi masih belum dibuat, jika dihitung-hitung cuma tinggal 13 hari sahaja lagi untuk setiap calon mengerakkan jentera masing-masing untuk berhadapan gelombang PRK pada kali ini. Adakah pihak pengurusan Universiti sememangnya mahu mengikat gerakan mahasiswa daripada terus melancarkan perang propaganda dengan memendekkan "tempoh kesediaan" ini? Atau, lebih tepat lagi "adakah perjalanan pilihanraya pada kali ini masih lagi mahu dicaturkan?".. Hentikanlah segala kecurangan idealisme ini sebelum para mahasiswa mula jelek dengan realiti politik kampus...
No comments:
Post a Comment