18 February 2011

PERJUANGAN BELUM SELESAI

Misi Perjuangan

Membentuk mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) berminda kelas pertama menerusi penciptaan peribadi unggul menurut konteks Model Graduan UiTM.

Teras Perjuangan

  • Mahasiswa dan mahasiswi fakulti harus sentiasa peka dengan segala isu nasional yang melibatkan polisi pentadbiran negara.
  • Kebajikan mahasiswa dan mahasiswi fakulti harus diutamakan mencakupi pelbagai aspek seperti keselamatan, kewangan, suasana pembelajaran yang kondusif dan sistem perwakilan yang efektif.
  • Suara mahasiswa dan mahasiswi harus sentiasa sampai ke pengurusan tertinggi fakulti dan universiti melalui perluasan medium komunikasi sedia ada.
  • "Unity in Diversity" - Kepelbagaian kelompok pelajar di fakulti harus diiktiraf oleh semua peringkat pengurusan agar kebajikan mereka dapat diambil perhatian secara khusus.
  • "Rebranding" - Setiap persatuan dalaman di fakulti harus diberikan nafas baru agar lebih efektif dalam menganjurkan program, berprestasi tinggi dan mampu memberikan kualiti perkhidmatan yang terbaik kepada mahasiswa/i.

 Manifesto
  • Beriltizam untuk membawa suara mahasiswa dan mahasiswi fakulti ke peringkat pengurusan tertinggi fakulti dan Universiti dengan lebih efektif.
  • Mendesak perubahan dalam sistem perwakilan Non-Resident (NR) sedia ada yang dilihat lemah dalam mengendalikan isu pelajar.                                                                   -mewujudkan Pusat Khidmat Komuniti pelajar disetiap kawasan kediaman pelajar NR.             
  • Membawa transformasi serta nafas baru kepada MPP UiTM Shah Alam untuk menjadi lebih proaktif terhadap agenda Nasional yang melibatkan kepentingan Mahasiswa Melayu Bumiputera.
  • Membentuk pakatan strategik untuk setiap fakulti dibawah Gugusan Sains Sosial dan Kemanusiaan.                                      -menganjurkan program-progam secara bersama yang lebih gah dan hebat agar fakulti lebih menonjol dan kehadapan. 
  • Mendesak direktori/buku pelajar panduan UiTM diedarkan kepada semua pelajar UiTM.                                                      - Isu: pelajar UiTM tidak tahu kemana harus dituju bila timbul  sesuatu masalah.
  • Menyelesaikan isu-isu tertunggak di fakulti seperti tempat letak kenderaan pelajar, talian telefon dalaman fakulti, sistem penghawa dingin yang tidak kondusif, laman web fakulti  yang ibarat “hidup segan mati tak mahu”
  • Memperkasakan persatuan-persatuan dalaman fakulti agar lebih berani menganjurkan aktiviti-aktiviti berskala besar serta melaksanakan Key Performance Index (KPI) terhadap setiap ahli jawatankuasa dan program yang dianjurkan.
  • Mewujudkan Policy’s Resource Centre. (Kedai Koperasi Fakulti)     - Menyediakan kemudahan percetakan dan photostat kepada pelajar.
  • Penubuhan kelab-kelab kecil FSPPP:                                                   -  Excellent Youth Club (XYC) dan Non- DPA Bureau kelolaan Exco Akademik dan Kerjaya SMF.                                                         -   Non-Resident Union di bawah kendalian Exco Penempatan & NR SMF.                                                                                       -  Melantik imam dan bilal di surau FSPPP dibawah kelolaan Exco Kepimpinan dan Pembangunan Insan SMF dan menganjurkan lebih banyak program-program bersifat keagamaan di fakulti.
  • Menganjurkan debat terbuka ,pidato dan forum isu semasa untuk melatih para pelajar agar lebih responsif, analitikal dan tahu mengenai sesuatu agenda nasional. 
Slogan
  • "Menjunjung Aspirasi, Memperkasa Fakulti, Memartabatkan Varsiti"
  • "Mahasiswa Cemerlang, Pengurusan Gemilang, Fakulti Terbilang"
Bicara Seorang Pejuang

"Cintaku pada bangsa dan tanah air mengatasi segalanya. Bukan kecil tugas kita, meneruskan perjuangan kemerdekaan kita, kerana rupanya selain memerdekakan, mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara. Di sini, lahirnya sebuah cinta, yang murni, abadi, sejati. Di sini, tersemai cita-cita, bercambah menjadi warisan. Andai ku terbuang tak diterima, andai ku disingkirkan, ke mana harus ku bawakan cinta ini.. Aku bukanlah seorang perwira, gagah menjunjung senjata, namun hati rela berjuang, dengan platform MPP, demi cinta ini..."

No comments: