Salam Info Siswa
"Youths of Malaysia, This Is For You!"
Melihat kepada tajuk "latest blog entries" tersebut di blog rasmi milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sahaja sudah cukup menggambarkan betapa belia di Malaysia pada hakikatnya tidak pernah dipandang enteng oleh kerajaan.
Info Dana 1 Malaysia:
- Dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 21 Januari 2011
- Dana berskala besar dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 20 juta yang diperuntukkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
- Disasarkan khas kepada golongan belia di Malaysia berumur di antara 15 - 40 tahun
- Bertujuan menyediakan platform untuk menggalakkan pembangunan dan perpaduan di kalangan belia di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.
Dengan adanya peruntukan daripada kerajaan seperti ini kepada golongan belia, ia sedikit sebanyak memberi isyarat kepada semua belia di Malaysia terutamanya golongan mahasiswa bahawa kredibiliti kita sebagai penerus kegemilangan dan kemakmuran Malaysia sudah mula diakui oleh kerajaan. Menerusi Dana 1 Malaysia ini, kerajaan bukan sahaja mahu melihat ketajaman fikiran belia dalam menyediakan kertas kerja (proposal) yang bermutu, malah yang lebih penting adalah untuk menilai sejauh mana belia memahami dan seterusnya mampu membantu kerajaan dalam menjelaskan dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat umum.
Tentunya ini kesempatan terbaik kepada golongan mahasiswa untuk mengenengahkan idea-idea yang bermutu lagi bernas malah saya sendiri akan mengambil peluang yang terhidang ini dengan menggesa persatuan-persatuan dalaman di fakulti seperti CASS, BACAS, SMF dan SIMECTRA untuk masing-masing menyediakan proposal yang bermutu bagi mewakili fakulti ke peringkat nasional.
Jika ditinjau kepada saiz dana yang cukup besar, ia secara langsung membuktikan komitmen kerajaan yang amat serius dalam melaksanakan Government Transformation Program (GTP) yang objektifnya antara lain adalah untuk mengembalikan kepercayaan serta keyakinan rakyat terutamanya golongan belia terhadap kerajaan Barisan Nasional.
Pada masa yang sama, kehadiran dana ini diibaratkan kena pada masanya memandangkan seluruh IPTA dan IPTS di seluruh negara pada waktu dan ketika ini sedang bersiap sedia untuk menghadapi gelombang pilihanraya kampus (PRK) yang bakal diadakan selepas Cuti Tahun Baru Cina ini. Kehadiran dana ini berupaya untuk memberi suntikan semangat kepada barisan mahasiswa Pro-Aspirasi untuk berjuang mempertahankan mempertahankan kemenangan besar Aspirasi pada PRK 2010 terutamanya di kampus-kampus sekitar Lembah Klang.

No comments:
Post a Comment